verify

verify
Sering kali kita pasti tertanya & berputus asa untuk mencari pekerjaan sampingan di internet, ini kerana banyak program-program yang berunsur SCAM mahupun menjual produk yang akhirnya membuatkan kita akan mengalami kerugian samada modal mahupun masa. Disini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai pekerjaan sampingan yang sebenar di internet yang pasti memberikan keuntungan.

Khamis, 12 Disember 2013

Cara Membuat Pendaftaran Baru Akaun Paypal


Salam 1Malaysia

Sebelum anda berhasrat untuk membuat kerja partime di rumah mahupun di office secara sambilan, anda sepatutnya WAJIB ada akaun Paypal. Ini amatlah penting sekali kerana melalui akaun paypal anda boleh menerima bayaran yang dibuat oleh majikan anda kelak. Pendaftaran adalah PERCUMA. Paypal telah di iktiraf dan di terima ke seluruh dunia sebagai sistem keluar masuk wang yang paling selamat. Klik disini jika anda ingin mengetahui lebih lanjut.


1) Masuk dan Sign Up di laman web https://www.paypal.com
2) Klik pada Get Started di Premier


3) Masukkan butir maklumat dengan tepat untuk mengelakkan akaun ini gagal berfungsi dengan baik.
nota penting : gunakan email dan no. hp yang betul supaya apabila berlaku kemasukkan duit, akan dapat notification alert.


4) Bila selesai isi form, klik Agree and Create Account. Masukkan security code yang akan dikeluarkan dan klik pada Continue


5) Tunggu pada email yang anda daftarkan tadi dan klik pada link yang diberi untuk active kan akaun paypal anda, ini adalah untuk memastikan email anda adalah sah. Selepas itu klik pada Continue di Pay with my Credit/Debit Card.
nota penting : klik pada pautan yang diberikan oleh paypal di inbox email anda


6) Ini adalah perkara penting sekali, masukkan NO ATM DEBIT CARD. Manakala No CSC ambil dibelakang kad tersebut, ada 3digit number security code.


Apakah ATM DEBIT CARD?
Atm Debit Card adalah kad atm bank yang kita biasa gunakan tetapi mempunyai logo VISA, jadi kalau kad atm bank anda mempunyai logo Visa, Bermakna kad tersebut adalah Atm Debit Card.

  

7) Sekarang Akaun Paypal anda telah lengkap, tunggu dalam masa 1-7 hari untuk mendapat atm debit card verified. Pihak bank akan memberi 4 angka rahsia untuk dimasukkan ke dalam akaun paypal anda, menandakan verified. 4 angka rahsia tersebut boleh didapati di banking online anda ataupun di statement bank iaitu resit penyata ringkas.
( proses ini akan dikenakan rm10, tetapi akan refund/dikembalikan semula apabila proses ini selesai. Ini untuk memastikan bank anda adalah aktif  )

8) Jika mengambil 4 angka rahsia di online banking, klik pada Debit Card History dan ambil code tersebut pada SALE PPXXXX CODE


9) Ambil code itu dan masukkan pada akaun paypal anda untuk di verified. Log in akaun paypal, klik pada ruangan My Account - Overview - Profile - Add/Edit Credit Card.


"Semoga tutorial ini membantu anda, akhirnya lengkap sudah akaun paypal anda untuk mula membuat janaan duit tanpa henti..hehe.. sekiranya anda berpuas hati, Like saya tanda penghargaan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan